100 hari konflik bersenjata Sudan
Iklan
Kebanyakan keluarga bersama anak kecil yang melarikan diri ke negara jiran terpaksa tinggal di kawasan lapang.
PERTEMPURAN sengit masih berlaku di beberapa bahagian di Sudan ketika konflik bersenjata di negara itu yang berpotensi menjadi perang saudara sudah memasuki hari ke-100 pada Ahad.
Selepas lebih tiga bulan, usaha perdamaian oleh kuasa serantau dan antarabangsa gagal untuk mencari jalan penyelesaian bagi meredakan krisis tersebut.