Dr Mahathir masih berpengaruh - Penganalisis politik
Iklan
Tun M (kiri) buat kali pertama di pentas Pas pada program Munajat Rakyat Kelantan: Ppakat Pertahan dan Amanat Pemimpin di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu bersama Mohd Amar (kanan).
SHAH ALAM - Parti politik tidak boleh memandang rendah terhadap pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mendapatkan sokongan terutamanya orang Melayu kepada Perikatan Nasional (PN) menjelang pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri bulan depan.
Penganalisis politik, Datuk M Periasamy berpandangan, meskipun usia Dr Mahathir hampir 100 tahun, aura beliau sebagai seorang tokoh politik veteran tanah air masih dianggap berbisa dan mampu mencetuskan gelombang.