Umum calon awal elak krisis
Iklan
Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (duduk, dua dari kanan) bergambar selepas Majlis Pengumuman Calon Keadilan sempena PRN bagi enam negeri di Shah Alam pada Sabtu malam. Gambar kecil dari kiri: Dr Kartini, Dr Mazlan
SHAH ALAM - Pengumuman calon poster boy lebih awal di tiga negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka dapat mengelakkan berlakunya sebarang krisis melibatkan parti dalam PH dan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya negeri (PRN), 12 Ogos depan.
Pensyarah Kanan Pusat Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, pengumuman awal itu turut membantu memberi lonjakan sokongan rakyat kepada PH-BN, sekaligus menjamin kestabilan politik negara.