Protes anti-Sweden
Iklan
Penduduk Palestin berhimpun di luar sebuah masjid di Rafah bagi membantah tindakan Sweden membenarkan perbuatan membakar al-Quran. - Foto AFP
PENUNJUK perasaan di Iran dan beberapa negara Islam mengadakan protes di hadapan Kedutaan Sweden pada Jumaat dan Sabtu bagi membantah tindakan negara itu meluluskan permohonan aktivis untuk mencemarkan kitab suci al-Quran.
Stockholm sebelum ini menegaskan bahawa tindakan membakar al-Quran adalah sebahagian daripada amalan kebebasan bersuara yang dipraktikkan negara Skandinavia itu.