Bahan letupan IED boleh dikawal dari jarak jauh
Iklan
IED boleh diletupkan dengan mekanisme fizikal yang akan mengaktifkan suis keselamatannya, selain menggunakan bahan bateri.
SHAH ALAM - Alat letupan termampat (IED) berisiko menyebabkan efek letupan kuat sehingga mengakibatkan kemusnahan dan kematian.
Pakar pertahanan dan geostrategik, Muhammad Fuad Mat Noor berkata, kesannya bergantung kepada jenis serta jumlah bahan digunakan dan gred ketenteraan akan memberikan efek letupan terburuk.