Calon heavyweight mampu beri kemenangan
Iklan
Ahmad Zahid dan Mohamad (kiri) bergambar bersama ahli-ahli parti pada Majlis Pengumuman Calon BN bagi PRN ke-15 di Kuala Lumpur pada Jumaat malam.
SHAH ALAM - Calon heavyweight yang dipertaruhkan Barisan Nasional (BN) diyakini berpotensi untuk memberi kemenangan kepada parti itu dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, personaliti-personaliti besar yang dipertandingkan seperti Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sememangnya memiliki sokongan sendiri di peringkat akar umbi.