Tapis dulu sebelum bawa masuk
Iklan
Kumpulan The 1975. Vokalis The 1975, Matty Healy (gambar kiri) dipercayai mabuk dan memegang botol minuman keras ketika membuat persembahan ketika konsert di Litar Antarabangsa Sepang pada Jumaat.
SHAH ALAM - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) digesa tegas menyenarai hitam artis luar negara yang mempunyai rekod melakukan aksi tidak senonoh dan menyokong Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) secara terang-terangan.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi berkata, agensi di bawah KKD iaitu Unit Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) perlu membuat tapisan awal sebelum membenarkan mana-mana artis luar membuat persembahan di negara ini.