Cabaran getir selamatkan nyawa
Iklan
Ujian menyelamatkan 'mangsa' yang terjatuh ke dalam lubang. (Gambar kecil:Norazizah, Lowena, Mohd Hafiz, dan Alimaddia)
BUKAN sahaja berkemahiran mengendalikan kes melibatkan kebakaran, malah terlatih dalam menghulurkan bantuan kecemasan ketika tragedi runtuhan dan operasi menyelamat di kawasan luas.
Itulah keistimewaan Pasukan Khas Operasi Taktikal dan Penyelamat Malaysia (Storm) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), satu unit elit disertai anggota berkemahiran tinggi bagi menggalas tugasan mencabar dalam tempoh pantas.