Singapura digegar hatrik skandal politik
Iklan
Leon Perera (kiri) dan Nicole Seah meletak jawatan selepas mengaku menjalin hubungan sulit. (Gambar kecil: Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran ditahan berhubung siasatan rasuah.)
SINGAPURA - Bekas pemandu kepada ahli kanan Parti Pekerja (WP) di Singapura berusaha menghentikan hubungan sulit lelaki itu dengan presiden sayap pemudanya.
Ahli Parlimen, Leon Perera dan Nicole Seah menyerahkan surat peletakan jawatan selepas sebuah video tular di media sosial awal minggu ini memaparkan pasangan itu berpegangan tangan.