Tidak mengundi bukan satu pilihan
Iklan
Mengundi adalah tanggungjawab, bukannya sekadar hak yang boleh diabaikan mengikut perasaan. - Gambar hiasan
PILIHAN raya bagi enam negeri akan diadakan pada 12 Ogos ini. Walaupun kempen secara rasmi belum bermula, namun pelbagai perjumpaan rakyat dan perhimpunan masyarakat telah diadakan oleh parti-parti politik bagi meraih sokongan.
Kempen secara terbuka atau online adalah platform utama bagi parti politik dan calon membentangkan hala tuju serta kelebihan masing-masing untuk dinilai oleh pengundi.