Kawal aliran ringgit ke luar negara
Iklan
Kerajaan perlu kawal atau ketatkan aliran nilai ringgit yang didagangkan bagi mengelak spekulator sorokkan wang mereka di luar negara. Gambar kecil: Aimi Zulhazmi
SHAH ALAM - Kerajaan perlu mengawal atau mengetatkan aliran nilai ringgit yang didagangkan bagi mengelakkan spekulator menyorokkan wang mereka di luar negara.
Penganalisis Ekonomi Universiti Kuala Lumpur, Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, ia disebabkan ketika ini perdagangan tukaran mata wang asing (forex) secara dalam talian menggunakan ringgit dan dolar Amerika Syarikat (AS) semakin berleluasa.