Lihat dulu siapa jadi calon
Iklan
Laporan akhbar Sinar Harian pada Ahad. Gambar kecil: Mohd Yusri
SHAH ALAM - Kemampuan bekas pegawai tertinggi kerajaan yang dicalonkan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri (PRN) sama ada berupaya atau tidak menjadi nilai tambah bagi menarik sokongan pengundi terhadap gabungan itu bergantung kepada siapa individu tersebut.
Ketua Penyelidik Ilham Center, Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, selagi calon-calon berkenaan tidak diumumkan, masih sukar untuk menjangkakan pengaruh terhadap pengundi.