Fokus ekonomi, pelihara hubungan antara kaum
Iklan
Kah Woh bertemu dengan masyarakat di kawasan Taiping.
Bagi Ahli Parlimen Taiping, WONG KAH WOH, tindakan pihak tertentu yang membangkitkan isu kaum, institusi raja-raja Melayu dan agama di negara ini boleh mengganggu-gugat keharmonian masyarakat.
Ketegasan kerajaan dalam menangani masalah itu akan menentukan sejauh mana hubungan antara kaum di negara ini dapat terus dipelihara daripada dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk kepentingan mereka.