Kos sara hidup rendah, pelbagai budaya faktor Malaysia jadi pilihan
Iklan
Glongan pesara berasa tenang dan selamat menghabiskan sisa usia di Malaysia kerana negara ini sentiasa aman dan harmoni. Gambar kecil: Wan Ahmad Fayhsal
SHAH ALAM - Kos sara hidup di Malaysia yang lebih rendah berbanding negara lain selain kepelbagaian kaum dan keunikan budaya merupakan faktor utama Malaysia dipilih sebagai destinasi persaraan.
Bekas Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, jika mengambil kira mata wang negara asing, sudah pasti terdapat perbezaan ketara apabila melibatkan kos sara hidup.