PKR tetap teruskan tradisi
Iklan
Pada PRU15 lalu, PKR mensyaratkan semua calon yang bertanding di bawah tiket parti itu supaya membuat pengisytiharan harta. Gambar kecil: Chean Chung
Wajibkan semua calon isytihar harta sebagai bukti kredibiliti dan telus
SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap meneruskan tradisi parti itu mewajibkan semua calon mereka yang bertanding pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos depan supaya mengisytiharkan harta.
Pengarah Komunikasi PKR, Lee Chean Chung berkata, tradisi tersebut adalah bagi menjunjung prinsip ketelusan dan profesionalisme dalam berpolitik.