Calon PRN enam negeri wajar isytihar harta
Iklan
Pengisytiharan harta oleh calon bertanding dapat membantu rakyat membuat pertimbangan terbaik sebelum mengundi. - Foto hiasan/Bernama
Langkah itu mencerminkan kematangan berpolitik selain amalan bebas rasuah
SHAH ALAM - Saranan supaya calon bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) enam negeri pada 12 Ogos ini mengisytiharkan harta adalah wajar jika mahu mewujudkan persekitaran atau tadbir urus yang telus dan berintegriti.
Kata penganalisis pilihan raya, Dr G Manimaran, amalan tersebut bukan saja dapat membuktikan keseriusan calon bertanding tetapi juga melahirkan sebuah negara bersih dan bebas rasuah.