Tonton video lucah dalam jangka masa panjang jejas fokus belajar
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Khamis. (Gambar kecil: Noor Aishah)
SHAH ALAM - Pendedahan diri kepada video lucah dalam jangka masa panjang menyebabkan remaja mengalami gangguan psikologi seperti kesukaran untuk fokus sewaktu belajar.
Pakar Perunding Psikologi CPC International, Dr Noor Aishah Rosli berkata, gangguan itu disebabkan ketagihan menonton video berkenaan sehingga mengabaikan tuntutan sebagai seorang pelajar.