Dadah punca terjebak jenayah
Iklan
Kesan pengambilan dadah termasuk jenis sintetik merupakan antara penyumbang utama kepada perlakuan jenayah. Gambar hiasan 123RF. (Gambar kecil dari kiri: Wan Azliana, Halim).
SHAH ALAM - Kesan pengambilan dadah termasuk jenis sintetik merupakan antara penyumbang utama kepada perlakuan jenayah dalam kalangan masyarakat ekoran kegagalan mengawal minda dengan baik.
Pengerusi Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Seri Halim Ishak berkata, kesan penggunaan dadah dan aktiviti jenayah tidak dapat dinafikan berdasarkan kes-kes yang berlaku sebelum ini.