RM72.4 juta untuk bina semula Jenin
Iklan
Penduduk di kem pelarian Jenin berasa sedih melihat rumah mereka musnah akibat tindakan kekejaman rejim Zionis.
DANA berjumlah AS$15.5 juta (RM72.4 juta) diperlukan untuk projek pembinaan semula infrastruktur yang musnah di bandar Jenin, utara Tebing Barat selepas operasi ketenteraan berskala besar yang dilancarkan tentera Israel pada minggu lalu.
Menteri Perumahan dan Kerja Awam, Mohamed Ziara berkata, anggaran itu dibuat berdasarkan senarai kerosakan bangunan, jalan raya dan infrastruktur asas seperti rangkaian bekalan air serta sanitasi.