Tambah baik peranan IPA di Malaysia
Iklan
Kuala Lumpur antara kawasan di Malaysia mempunyai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita tertinggi.- Gambar hiasan.
BEBERAPA hari lalu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membuat pengumuman bahawa kementeriannya dalam proses memperkemas serta menyelaraskan peranan dan fungsi 31 agensi penggalak pelaburan (IPA) di Malaysia.
Langkah itu adalah antara usaha kerajaan untuk menguruskan IPA dengan lebih efisien dan patut diterima baik oleh semua pihak.