Undi kompetitif buka peluang untuk parti kecil
Iklan
Penyertaan Muda dalam pilihan raya pada peringkat awal lebih kepada proses pembinaan imej parti di peringkat nasional. (Gambar kecil: Anis Anwar)
SHAH ALAM - Sistem politik semasa di Malaysia iaitu '1st Past The Post System' disifatkan 'zero sum game' yang tidak kondusif untuk parti kecil seperti Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menang pilihan raya dan berperanan selaku 'king maker' sama ada kepada kerajaan atau pembangkang.
Menurut Ketua Penyelidik O2 Research Malaysia, Anis Anwar Suhaimi, sistem politik semasa yang diamalkan itu sebaliknya memberi kelebihan kepada parti-parti bersifat gabungan dan telah menjadi arus perdana seperti tiga blok utama politik.