PRN: Parti mana bakal kuasai 6 negeri?
Iklan
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh (tengah) mengadakan sidang media sempena PRN enam negeri di Menara Suruhanjaya Pilihan Raya pada Rabu.
TOTO: ROSLI TALIB
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos depan sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Enam Negeri (PRN) melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh menjelaskan, penamaan calon ditetapkan pada 29 Julai ini manakala pengundian awal pula adalah pada 8 Ogos.