BN dijangka pertahan kerusi di lima negeri
Iklan
BN dijangka mampu pertahankan kemenangan kerusi DUN di lima negeri kecuali Kelantan pada PRN nanti. Gambar kecil: Mazlan
Berikutan status parti itu sebagai salah satu parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan
SHAH ALAM - BN dijangka mampu mempertahankan kemenangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di lima negeri kecuali Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Penganalisis politik, Dr Mazlan Ali berkata, beliau yakin BN mampu mengekalkan kerusi di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu kerana statusnya sebagai salah satu parti gabungan Kerajaan Perpaduan.