Walaupun mahal pelanggan tetap ada
Iklan
Pelanggan masih membeli barang kemas walaupun harga emas mencecah RM288 satu gram pada Jumaat.
KUANTAN - Trend pembelian barang kemas masih ada dan seolah-olah tidak memberi kesan kepada pembeli walaupun harga semasa emas direkodkan RM288.73 satu gram setakat Jumaat.
Tinjauan Sinar Harian di beberapa premis penjualan barangan kemas di sekitar daerah ini mendapati harga komoditi emas itu mengalami kenaikan 95 sen berbanding Khamis sekitar RM287.78 satu gram.