'Hasan menangis teresak-esak rindu ayah'
Iklan
Suriahanim bersama anak sulungnya dan Hasan ketika menziarahi Perkuburan Syara’ik di Mina, Mekah tempat bersemadinya jasad Allahyarham Zulkifli Samad yang terkorban dalam tragedi rempuhan manusia di Mina ketika musim Haji 2015
KUALA LUMPUR -"Mama... Hasan rindu ayah.” Itu ungkapan yang memberi kesan mendalam buat Suriahanim Abdul Hamid, 48, balu mangsa korban kejadian rempuhan di Mina pada musim haji 2015.
Meskipun tragedi menyayat hati itu telah berlalu selama lapan tahun, kehilangan suami tercinta, Allahyarham Zulkifli Samad ketika anaknya, Hasan Zakiy berusia dua tahun menjadi fasa mencabar yang dilalui Suriahanim, lebih-lebih lagi ketika perlu menerangkan hal sebenar tentang pemergian duka berkenaan.