Bayar RM2,000 untuk satu bahagian lembu
Iklan
Menurut Alias yang telah menetap di London selama 33 tahun, suasana ibadah korban di Malaysia adalah lebih meriah memandangkan orang ramai boleh berganding bahu untuk proses penyembelihan, lapah dan juga pengagihan daging korban, namun di UK, ia hanya boleh dilakukan di pusat penyembelihan ataupun ladang sahaja. Gambar kecil: Alias
SHAH ALAM - Umat Islam yang tinggal di London, United Kingdom (UK) perlu membayar sehingga lebih RM2,000 bagi satu bahagian lembu untuk melaksanakan ibadah korban di sana.
Warga Malaysia, Alias Sidek, 55, yang telah menetap di London selama 33 tahun berkata, bagi seekor kambing biri-biri pula, harga yang telah ditetapkan adalah sekitar RM1,600.