Blok ketiga: Muda ada semangat, tiada kekuatan
Iklan
Syed Saddiq (dua dari kiri) mengumumkan Muda akan bergerak solo di enam negeri pada PRN nanti.
MENJELANG detik pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi, tumpuan pasti terarah kepada dua watak utama iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).
Namun dalam keterujaan perdebatan parti mana bakal mendominasi pentas PRN di Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor itu nanti, muncul pula watak ketiga iaitu Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).