Mereka yang dibeli, yang dibelanja
Iklan
Saudara-mara akan tampil apabila kita berdepan dengan musibah sebaliknya rakan semakin ramai meninggalkan kita seiring waktu. - Gambar hiasan
SAYA berkenalan dengan Nisah di kafe Tea Amo bila dia menemani seorang sahabat penulis, Nurul untuk satu perbincangan mengenai buku. Sebuah panggilan tiba di telefon Nurul.
Oleh kerana ia mengenai urusan pejabatnya, dia memohon izin untuk beralih seketika ke meja sebelah di kafe itu untuk menjawab panggilan.