Realiti politik UMNO dan DAP
Iklan
Bukan UMNO sahaja, DAP juga tidak terkecuali berhadapan defisit kepercayaan pengundi walaupun mungkin tidak sebesar UMNO.
KERAJAAN campuran yang dibina oleh pelbagai parti ini bukan sahaja sedang bergelut dalam ketidaktentuan ekonomi, malah turut berhadapan kemerosotan sokongan rakyat berbanding undian dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Ketika penyokong-penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) meraikan kedudukan kukuh mereka dalam kerajaan dengan pelbagai jawatan kanan dan utama, dua parti lain iaitu UMNO dan DAP berhadapan hakisan sokongan penyokong setia mereka.