Perbualan santai dengan PMX
Iklan
Anwar ketika hadir pada Malam Wartawan Malaysia (MWM) 2023 di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 9 Jun lepas. - Foto Bernama
MALAM Wartawan Malaysia 2023 sudah dua minggu berlalu. Tetamu kehormat majlis tahunan anjuran Malaysian Press Institute (MPI) pada 9 Jun lalu itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut hadir memeriahkan MWM 2023 ialah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil serta Liza Mustapha, Naib Presiden Eksekutif Petronas selaku penaja Hadiah Kewartawanan Malaysia 2022 yang disampaikan pada malam tersebut.