Di sebalik pujian ekonomi era Najib
Iklan
Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikenali sebagai Bapa Transformasi.
SEJAK merdeka sehingga kini, Malaysia sudah mempunyai seramai 10 orang perdana menteri yang menerajui kepimpinan negara. Masing-masing diberikan gelaran istimewa berdasarkan kejayaan semasa era pentadbiran mereka.
Antaranya Perdana Menteri pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sebagai Bapa Pembangunan.