Apa hukum memfitnah?
Iklan
Hantaran palsu Ahli Parlimen DAP dari Seputeh, Teresa Kok dikatakan dilantik Pengerusi Felda menggantikan Tan Sri Idris Jusoh.
BUKANLAH Awang pandai sangat hal agama. Tapi ada masanya Awang tertanya-tanya juga apakah hukum memfitnah dan menyebarkan berita palsu? Apa lagi jika yang buat demikian ialah orang kononnya jadi ahli parti guna label Islam?
Dalam kes terbaharu, muncul poster digital ucap tahniah pada Ahli Parlimen DAP dari Seputeh, Teresa Kok bahawa beliau jadi Pengerusi Felda gantikan Tan Sri Idris Jusoh.