[EKSKLUSIF] Kenakan hukuman berat kepada pesalah
Iklan
Tindakan seorang wanita memandu kereta melawan arus menyebabkan kemalangan dengan tiga buah kenderaan lain di susur Jalan Perusahaan Perai, Bukit Mertajam pada 14 Februari 2021.
[EKSKLUSIF] SHAH ALAM - Pengguna jalan raya yang didapati bersalah melawan arus perlu dikenakan hukuman yang berat agar dapat dijadikan sebagai pengajaran kepada orang ramai.
Ahli Tetap Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor, Tengku Ahmad Marwan Tengku Mahmud berkata, hukuman berat perlu dikenakan terhadap pesalah jalan raya memandangkan kesalahan lawan arus ini boleh mengakibatkan kehilangan nyawa kepada mereka yang tidak bersalah.