Muda tiada peluang jika tanding solo dalam PRN
Iklan
Sehingga kini, Muda enggan mengesahkan atau menafikan dakwaan bahawa parti itu bakal bertanding secara solo dalam PRN nanti. -Gambar kecil: Peluang Muda menang mana-mana kerusi DUN di enam negeri pada PRN nanti amat tipis. (Hisomuddin (kiri), Chin Huat)
PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) diramal hampir mustahil untuk menang satu kerusi pun dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti jika mereka bergerak atau bertanding secara solo tanpa kerjasama dengan mana-mana parti politik lain.
Malah, penganalisis politik juga menjangkakan parti pimpinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu bukan hanya sekadar tewas, malah besar kemungkinan hilang deposit di semua kerusi ditandingi pada PRN nanti kerana bilangan penyokong tegarnya tidak ramai berbanding gergasi politik lain.