Dilema Boustead di bawah LTAT
Iklan
LTAT terpaksa membatalkan penyenaraian Boustead Holdings Bhd di Bursa Malaysia dengan melakukan pembelian balik saham-sahamnya.(Gambar hiasan) - Foto Awani
SALAH satu penanda aras bagi syarikat korporat ialah penerimaan sahamnya oleh pelabur. Sebab itulah pemilik syarikat korporat berlumba-lumba menyenaraikan saham mereka di pasaran saham.
Melalui tindakan itu, mereka memperoleh modal baharu dan mendapatkan balik modal yang telah dikeluarkan, membuat keuntungan segera melalui keuntungan modal (capital gain) serta berkongsi risiko dengan lebih ramai orang.