Peniaga akui kekurangan bekalan punca naik harga
Iklan
Orang ramai membeli ikan daripada peraih yang dijual di Chepor, Ipoh kerana harga yang lebih berpatutan.
IPOH - Kekurangan ikan antara punca menyebabkan harga ikan di pasaran ketika ini meningkat walaupun permintaan seperti biasa.
Peniaga, Muhammad Najib Abdul Mutalib, 45, berkata, kenaikan harga ikan ketika ini memang ketara memandangkan harga diambil dari pelantar meningkat berbanding beberapa tahun lalu.