Bila patuh syariah jadi taboo
Iklan
Ucapan Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor mengenai kod etika jururawat yang mengambil masa sekitar 44 saat daripada lima minit ucapan beliau dijadikan bahan perbahasan dan serangan.
SEJAK kebelakangan ini terdapat banyak ulasan semberono oleh pemimpin politik dan kemudian diikuti oleh rakyat biasa secara membuta tuli sehingga menimbulkan kecelaruan serta kekeliruan kepada masyarakat.
Minggu lalu, berderu-deru pemimpin UMNO menuduh bekas Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa sebagai penipu dan pelawak kerana mendakwa lebih dua juta ahli UMNO meninggalkan parti sejak 2018.