PH-BN tidak goyang strategi Pas, PN di Selangor
Iklan
Senarai 34 kerusi DUN majoriti pengundi Melayu menjadi rebutan parti-parti politik pada PRN Selangor kelak.
PAKATAN Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tidak goyang dengan strategi Perikatan Nasional (PN) dan Pas bagi menawan 33 kerusi majoriti pengundi Melayu serta merampas kerajaan negeri Selangor pada pilihan raya negeri (PRN) itu nanti.
Setiausaha PH Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, beliau yakin 100 peratus bahawa kerjasama jentera PH-BN membolehkan koalisi perdana itu mempertahankan status quo kerajaan negeri sekarang.