Kerusi bertindih, rundingan BN-PH belum selesai
Iklan
Rafizi (kanan) bersama Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias (kiri) tiba di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur untuk rundingan pembahagian kerusi antara PH dengan BN di WTC, Kuala Lumpur pada Khamis malam.
SHAH ALAM - Keputusan rundingan jawatankuasa berkaitan isu pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Khamis malam menunjukkan terdapat satu atau dua kerusi bertindih yang masih belum diselesaikan di setiap negeri.
Sehubungan itu, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad menjelaskan, proses perundingan antara PH-BN itu masih belum selesai dengan rundingan peringkat akhir bakal ditentukan oleh pucuk pimpinan parti masing-masing.