'Biarlah Sultan Selangor tentukan calon MB PN'
Iklan
Pas Selangor berpandangan soal siapa calon menteri besar negeri itu daripada PN, biarlah diputuskan oleh Sultan Selangor sendiri.
SHAH ALAM - Pas Selangor meminta isu pemilihan calon menteri besar daripada Perikatan Nasional (PN) sekiranya koalisi itu menang pilihan raya negeri (PRN) kelak, diputuskan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berasaskan kuasa prerogatif baginda.
Ketua Pemudanya, Mohamed Sukri Omar berkata, mana-mana parti dalam PN tidak boleh bertindak mengesahkan nama mana-mana individu sebagai calon menteri besar tanpa restu Sultan Selangor.