Kerja untuk bantu keluarga
Iklan
Hamira tetap mendoakan Muhammad Haikal (kanan) dibukakan hati untuk menyambung pelajaran dan mengambil SPM.
JEMPOL - Berdepan masalah kewangan selain mahu menguruskan adik-adiknya ketika pandemik Covid-19 menyebabkan anak kedua daripada lapan beradik mengambil keputusan untuk tidak menyambung persekolahan.
Muhammad Haikal Hadwan Sah, 18, hanya belajar hingga Tingkatan Tiga dan kemudian mengikut bapanya, Hadwan Sah Mohamed, 43, bekerja sambilan dalam bidang pertukangan dan pembinaan.