Tak mahu belajar selepas ibu bapa bercerai
Iklan
Ina yang bekerja sebagai tukang sapu di sekolah membesarkan empat orang anak seorang diri sejak berpisah dengan suaminya 14 tahun lalu.
KUALA TERENGGANU - Mahligai dibina yang retak sejak 14 tahun lalu mengubah kehidupan seorang ibu tunggal kerana terpaksa bekerja seorang diri demi membesarkan empat anak-anaknya.
Ina (bukan nama sebenar), 38, berkata, dugaan yang dialami selepas penceraian begitu sukar untuk diharungi seorang diri sehingga menyebabkan anak-anak terabai.