Ketagih YouTube punca ponteng sekolah
Iklan
Ismail bertanya sesuatu kepada Norman (bukan nama sebenar) semasa
menziarahi keluarga itu di Kuala Selangor pada Selasa.
KUALA SELANGOR - Seorang pelajar Tingkatan Tiga mengakui terpaksa ponteng sekolah tiga atau empat kali seminggu berikutan ‘ketagih’ menonton YouTube hingga awal pagi.
Norman (bukan nama sebenar), 15, berkata, setiap hari dia menonton pelbagai video di platform berkenaan hingga menyukarkannya bangun pada awal pagi untuk ke sekolah.