Tak sanggup jalan kaki 5 kilometer
Iklan
Kesulitan dapatkan pengangkutan ke sekolah hingga kerap kali terpaksa berjalan kaki dalam keadaan cuaca panas dan hujan menyebabkan Mohd Amin (tengah) berhenti sekolah.
KOTA BHARU - Kesulitan mendapatkan pengangkutan untuk ke sekolah hingga kerap kali terpaksa berjalan kaki dalam keadaan cuaca panas dan hujan menyebabkan seorang pelajar Tingkatan Satu berhenti sekolah.
Remaja itu, Mohd Amin Mohd Zain, 13, hanya tamat darjah enam di Sekolah Kebangsaan Seribong dan berhenti bersekolah sejak awal tahun ini.