Cabaran era pendidikan negara
Iklan
Bagi mendepani cabaran Industri 4.0 dalam era pendidikan negara terutama dalam pendidikan tinggi, pelajar universiti mesti keluar dari zon keselesaan. - Gambar hiasan
DUNIA telah melalui peralihan teknologi melalui revolusi pertama, kedua dan ketiga. Setiap revolusi mempunyai kemajuan dan pencapaian serta cabaran yang tersendiri.
Sekali lagi dunia akan menghadapi revolusi baharu dikenali sebagai Revolusi Industri 4.0 yang didasarkan dengan penemuan pelbagai teknologi terkini menggunakan internet, analisis pangkalan data, robotik dan kecerdasan buatan (Artificial Intellegence).