Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia penyelamat pekerja gig
Iklan
Pekerja ekonomi gig mempunyai skop tugas yang terdedah kepada bahaya dan risiko yang tinggi.
SHAH ALAM - Ketua Sekretariat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Kesatuan Sekerja UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin menegaskan, Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) boleh menjadi pelindung buat pekerja gig yang menjadi mangsa ekosistem industri itu.
Bahkan kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu, SEGiM juga mampu membantu golongan pekerja gig memperjuangkan nasib dan hak mereka di samping mengawal selia keseluruhan industri itu.