Sijil halal Jakim terbaik di dunia
Iklan
Terry (kiri) dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Halal Jakim, Mohd Fakarudin Mas'od sewaktu Majlis Penyampaian Sijil Halal Jakim kepada KyoChon 1991 Malaysia pada12 Mei lalu.
SHAH ALAM - Syarikat KyoChon 1991 Malaysia (KyoChon), percaya Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah standard keselamatan makanan terbaik dan diiktiraf di seluruh dunia.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Terry Goh berkata, memperoleh sijil halal daripada Jakim penting bagi syarikat bukan bumiputera mahupun bumiputera untuk meyakinkan semua pelanggan bahawa makanan yang dihidangkan bersih, suci dan selamat.