Tapir diburu untuk hidangan eksotik
Iklan
Roadkill antara faktor pengurangan populasi tapir Malaya. Gambar kecil: Abdul Kadir
JIKA dahulu, tapir Malaya atau nama saintifiknya tapirus indicus berdepan dengan ancaman kehilangan habitat dan masalah guna tanah akibat pembukaan hutan.
Bagaimanapun kini, haiwan berkenaan yang juga dikenali sebagai tenuk, cipan, 'badak Tampung','badak Tuli' dan 'badak Murai' menjadi mangsa kerakusan pemburu-pemburu untuk dijadikan hidangan makanan eksotik.