Jalan lurus buat UMNO
Iklan
Ahmad Zahid (kanan) bersama Mohamad semasa menghadiri ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Sabtu. - Foto Bernama
PERHIMPUNAN Agung UMNO yang sering dilabelkan sebagai perhimpunan politik terbesar negara mungkin sudah tidak boleh menerima prestij itu lagi.
Selepas kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), UMNO bukan sahaja gagal memimpin Barisan Nasional (BN) menjadi ikatan politik utama, malah telah merosot sebagai parti yang sekadar berada di nombor lima atau enam dari segi kekuatan ahli Parlimen.