Dilema UMNO dan DAP
Iklan
Anwar beramah mesra bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. - Foto Bernama
PADA 19 November 2022, satu sejarah baharu tercipta dalam menelusuri perubahan landskap politik siasah tanah air. Blok gabungan parti yang bertanding berdepan suasana kecelaruan arena politik luar biasa kerana tidak ada parti gabungan memiliki majoriti untuk menubuhkan kerajaan.
Kerjasama antara beberapa blok dimeterai agar penubuhan kerajaan dapat dilakukan dengan tersusun dan lancar. Ia dikemudikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, blok yang mempunyai bilangan kerusi paling besar berbanding blok lain.